Saturday, December 31, 2011

CHEESE TART



CHEESE TART PELBAGAI FILLING
50 BIJI
ORDER BY KAK EZA YUSMAWATI (SERI KEMBANGAN)



CHEESE TART DENGAN PELBAGAI FILLING
ORDER BY KAK MAZNI

BIRTHDAY CAKE



CHOCOLATE CAKE MOIST
CHOC GANACHE + STRAWBERRY 
SIZE = 10''

ORDER BY CIK ANA (SEMENYIH)

APAM POLKA DOT/PELBAGAI VERSI



 

ORDER BY KAK EZA YUSMAWATI (SERI KEMBANGAN)
50 BIJI APAM PELBAGAI VERSI 
INTI BLUEBERRY,KAYA N STRAWBERRY

APAM LADYBIRD



50 BIJI APAM LADYBIRD
INTI BLUEBERRY
ORDER BY KAK ITA (MARDI,SERDANG)

APAM POLKA DOT



APAM POLKA DOT SESUAI UNTUK DIBUAT DOORGIFT UNTUK SEBARANG MAJLIS

Tuesday, December 27, 2011

CHEESE TART HANTARAN




Sofiya Cheese Tart sesuai sebagai hantaran untuk perkahwinan,pertunangan,harijadi dll..

Tema dan filling boleh campur2 mengikut citarasa anda...

1 kotak : 25pcs

Wednesday, December 21, 2011

Cheese tart,apam pelbagai versi dan muffin






Order dari Sandra (Bandar Puteri Puchong)...tq ye
30 biji cheese tart dengan pelbagai filling
50 biji apam pelbagai versi
30 biji blueberry muffin

Sunday, December 18, 2011

MARI BACA

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI COKLAT

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."


Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat

Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan DiabetesMalaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

Monday, December 5, 2011

TEMPAHAN 02/12/2011

 Yang dalam kotak n plastik tue order dari Hana Farhana
200 biji apam angrybirds sahaja...
Tq ye...

1 biji kek karemel dan 100 biji apam pelbagai versi
Tq cik ana...tak putus2 order dengan kami...

Sunday, November 27, 2011

KEK HARI JADI






CHOCOLATE MOIST CAKE
TOPPING : CHOC GANACHE
FLOWER : BUTTERCREAM
SIZE : 9''
ORDER BY MOM IN LAW...TQ

Thursday, November 17, 2011

APAM LADYBIRD




REPEAT ORDER DARI NANA RABBINI
50 BIJI APAM LADYBIRD PELBAGAI WARNA
TIADA INTI
TQVM NANA....

COKLAT




ORDER BY FARAH HAMBALI (UITM PERAK)
200 BIJI COKLAT DAN 30 BIJI LOLICHOC
PELBAGAI INTI DAN CORAK COKLAT
TQVM FARAH...

APAM LAGI...HEHEHE


REPEAT ORDER DARI CIK ANA
APAM PELBAGAI VERSI (100 BIJI )
INTI RASPBERRY DAN BLUEBERRY
TQVM...

APAM PELBAGAI VERSI



ORDER BY KAK SYARIFAH,BANDAR BARU BANGI
APAM LADYBIRD DAN ANGRYBIRDS
INTI COKLAT DAN STRAWBERRY
TQVM

APAM POLKA DOT



ORDER BY CIK ANA
APAM POLKA DOT SEBANYAK 50 BIJI
INTI RASPBERRY DAN BLUEBERRY
TQVM

Tuesday, November 1, 2011

Thursday, October 13, 2011

APAM LADYBIRD



Kali ini tempahan datang dari rakan FB...tak sangka orang jauh rupanya (Terengganu)
Myra order apam ladybird sebanyak 50 biji untuk jamuan hari raya.
Ladybird merah berintikan blueberry dan ladybird kuning berintikan kaya...
Tq Myra :-)



Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...